Home > Media Centre > Press Releases / News
Press Releases / News
Speeches
Achievements
  Awards
  Key Deals
PRESS RELEASES / NEWS
 
Hadiah Utama Berupa Wang Tunai RM100,000 Jadi Rebutan Pertandingan Akhir Teka Silang Kata CIMB-UTUSAN
10 December 2007

- Hadiah Keseluruhan Berupa Wang Tunai RM163,000

CIMB Bank dan Utusan Malaysia hari ini telah menganjurkan Pertandingan Akhir Teka Silang Kata CIMB-Utusan dimana pemenang hadiah utama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000. Ini merupakan hadiah wang tunai yang paling lumayan yang pernah diberikan di Malaysia untuk pertandingan sebegini. Hadiah ini merupakan sebahagian daripada jumlah penajaan sebanyak RM250,000 sumbangan CIMB Bank untuk pertandingan teka silang kata. Turut menjadi rebutan adalah hadiah wang terkumpul mingguan sebanyak RM63,000 yang akan dibahagikan kepada pemenang tempat kedua, ketiga dan saguhati. Jumlah keseluruhan hadiah-hadiah untuk pertandingan akhir ialah RM163,000

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata beliau berpuas hati dengan sambutan hebat yang diterima sempena pertandingan Teka Silang Kata CIMB-Utusan yang telah menjangkau penyertaan lebih 100,000. "Tujuan kami menaja pertandingan ini adalah untuk menggalakkan pengunaan Bahasa Malaysia di kalangan rakyat Malaysia," kata beliau. Effendy memberitahu bahawa penajaan pertandingan ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat kumpulan CIMB. "Kami percaya ia adalah salah satu aspek penting dalam menjalankan perniagaan kami kerana sebagai bank perdagangan yang kedua terbesar di Malaysia, kami percaya bahawa sumbangan kepada masyarakat harus dihulurkan di mana jua kami berkhidmat," sambung beliau. "Pertandingan ini juga memberi peluang untuk kakitangan cawangan kami untuk mengeratkan hubungan dengan para peserta yang menghantar borang penyertaan ke cawangan-cawagan CIMB Bank yang dijadikan sebagai pusat pungutan, " tambah Effendy.

Pertandingan Teka Silang Kata CIMB-Utusan bermula dengan pertandingan mingguan yang telah dianjurkan selama 26 minggu di dalam akhbar Utusan Malaysia bermula pada 30 April sehingga 26 Oktober 2007. Hadiah mingguan berupa wang tunai RM5,000, dan nilai ini telah ditingkatkan ke RM10,000 setiap minggu sepanjang bulan Ogos sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun.

Semua pemenang mingguan layak menyertai Pertandingan Akhir Teka Silang Kata CIMB-Utusan. Konsep Pertandingan Akhir adalah gabungan Pencarian Harta Karun Berjalan Kaki dan Menjawab Soalan Teka Silang Kata. Penyertaan adalah secara berkumpulan di mana setiap pemenang mingguan, seramai 25 peserta, boleh membawa dua (2) orang pembantu.

Acara ini dianjurkan oleh CIMB Bank dan Utusan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta RTM sebagai rakan media.

back
 
Archive
2014
2013
2012
2011
2010
2009
2008
2007